Sunday, October 10, 2010

Pembancian Taman Perling

pada hari Selasa yang lepas, saya bersama-sama 11 pelajar elektif rural yang lain di bawah penyeliaan Dr Anuar telah mengadakan proses pembancian di Taman Perling. Kami telah berkumpul di tapak FAB tepat jam 9 pagi. setelah semua pelajar tiba kami telah bertolak dengan menaiki kereta Dr. Anuar dan en Apai (credit to Apai sebab sudi menumpangkan kitorang). setengah jam kemudian kami tiba ke destinasi pilihan. Sebelum itu kami telah berkumpul di Masjid Jamek Taman Perling bagi mendengar sedikit taklimat ringkas daripada Ketua Imam Masjid Taman Perling. Matlamat utama proses pembancian ini dijalankan adalah bagi membantu pihak masjid bagi mengetahui status sebenar penduduk-penduduk Taman Perling. Ini dijalankan bagi membolehkan pihak masjid dapat menyalurkan bantuan kepada pihak yang sewajarnya. bagi pihak kami sebagai pelajar elektif rural pula, kami mengadakan bancian ini adalah untuk mengetahui tahap kepuasan penduduk taman tersebut terhadap kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa terutama dari segi kemudahan bagi penduduk pinggir bandar. setelah dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil kami telah bergerak membuat pembancian mengikut pembahgian block yang telah kami sendiri tetapkan. Sepanjang tempoh pembancian pelbagai ragam manusia telah kami tempuhi, ada yang memberi kerjasama dan ada pula yang menolak untuk memberi kerjasama. itulah ragam manusia. tyepat jam 1.30 tengah hari kami berehat untuk makan dan solat. Makanan tengah hari kami telah ditaja oleh pihak Masjid Taman Perling. Terima kasih di atas makanan tersebut. Setelah itu kami menyambung pembancian sehingga mencukupi sasaran yang telah kami tetapkan. Tepat jam 4 petang kami telah bergerak pulang ke UTM.