Tuesday, July 27, 2010

introduced to you


kery by shukhairi
faces

millo padaelsky
brownies padaelsky



Monday, July 26, 2010

lets meet

tiptopteam

coming soon...





Saturday, July 24, 2010

new urbanism

new urbanism adalah konsep yang diguna pakai bagi melahirkan pembangunan fizikal yang komprehensif dan mementingkan semua aspek yang terlibat dalam pembangunan.bagi memastikan konsep ini dijayakan secara menyeluruh terdapat 10 prinsip yang dipraktikkan di dalam konsep ini.salah satu antaranya adalah mix-used and diversity.yang dimaksudkan dengan prinsip ini adalah dalam merancang dan membangunkan sesuatu kawasan, pemakaian konsep mencampur kepelbagaian kegunaan tujuan pembangunan adalah amat dipentingkan bagi mencapai sebuah bandar dalam konteks new urbanism.sebagai contoh dalam sesuatu kawasan pembangunan terdapat kepelbagaian jenis guna tanah seperti kawasan komersil, kawasan perumahan dan lain-lain lagi. melalui prinsip ini penduduk juga akan mendapat kemudahan yang sewajarnya di mana dalam suatu contoh situasi mereka yang bekerja dapat meluangkan masa bagi membeli belah dalam perjalanan pulang ke rumah.ini secara tidak langsung dapat memudah kerja seharian mereka dalam menguruskan keluarga secara sempurna dan sistematik.semua ini dapat dilakukan kerana mereka tinggal di sebuah bandar yang mengamalkan prinsip pembangunan bercampur yang melahirkan sebuah bandar berkonsepkan new urbanism.prinsip ini juga tidak hanya mementingkan kepelbagaian jenis guna tanah malah turut mempraktikkan campuran kepelbagaian jenis penduduk tanpa membezakan antara satu sama lain sama ada dari segi pangkat atau harta, budaya, agama, bangsa, umur dan lain-lain lagi.keanekaragaman inilah yang mampu melahirkan sebuah bandar yang unik dan harmoni lalu mencapai sebuah bandar new urbanism.







tangga berdarah

suasana kelam lagi.tompokan darah besar di lantai tangga.meniti anak-anaknya dengan penuh debaran .begitu antik.berhenti diri di sisi tompokan.menyentuhnya dengan penuh tanda tanya.sayu tiba-tiba.bayangan wanita kandung melintas pantas.di luar ternanti sekalian ramai yang kemarahan dan penuh kebencian.hasutan mengapi diri.berubah mengikut abiliti.bagaikan suatu kuasa merasuk jiwa dan minda.tanpa meminta.si lelaki dan sang harimau,si wanita dan sang singa juga si cilik dan sang ular.syukur di awangan tersedia sayap-sayap suci.bercahaya bagaikan dilimpahi jutaan neon-neon kecil.indah.entah siapa empunya diri hanya tuhan yang mengetahui.sang harimau menyerang garang,sang helang menangkas pantas.sang singa menerkam tajam,sang phoenix menepis tipis.sang ular menjalar lancar,sang merak menawan lawan.refleksi cahaya melimpahi ruang.tersedar dalam pertanyaan.keliru sendirian.




pembangunan pinggir bandar

Pembangunan pinggir bandar adalah pembangunan yang dijalankan di lingkaran luar kawasan bandar yang telah dipenuhi dengan pembangunan yang padat. pembangunan pinggir bandar mendapat perhatian akibat faktor-faktor seperti nilai tanah yang berpatutan, sumber semulajadi yang tinggi dan sumber tenaga yang banyak menggalakkan migrasi bandar ke luar bandar. Antara pembangunan pinggir bandar yang berjaya di Malaysia adalah Bukit Kiara. Bukit Kiara ialah sebuah pinggir bandar mewah di Kuala Lumpur, Malaysia. Kawasan ini berhampiran dengan bandar eksklusif lain seperti Bukit Damansara, Mont Kiara, Sri Hartamas dan Bangsar.Bukit Kiara telah seing disifatkan sebagai 'paru-paru hijau' Kuala Lumpur, menabur bayak kesan hutan melalui ciri-ciri bukit dan ia adalah satu kegemaran di kalangan kesihatan dan sifat orang-orang tempatan. Walaupun terdapat perumahan dan pembangunan komersil di kawasan ini, ia masih dikenali sebagai sebuah kawasan sukar difahami dan eksklusif di Kuala Lumpur. Kebelakangan ini, Bukit Kiara mengalami satu kenaikan dalam permintaan perumahan memandangkan kawasan tersebut menjadi semakin penting, ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Pusat Sains Negara dan Bahagian Teknologi Pendidikan terletak di sini.Bukit Kiara dilengkapi sihat untuk tujuan rekreasi kerana kawasan itu ialah rumah kepada Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kelab Selangor, Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur Golf & Country Club dan Kompleks Sukan Bukit Kiara. Kemudahan-kemudahan persendirian untuk ahli-ahli termasuk sebuah kolam renang, spa, gim, gelanggang tenis, bola keranjang dan badminton, lorong boling, tunggang kuda dan kemudahan polo, restoran, golf, memancing ikan dan bilik-bilik biliard.





Wednesday, July 21, 2010

heningan jingga

lantai langit bersulam arakan awan
rerimba pohon mendongak kehijauan
kicauan burung menerpa kekosongan
lalu lahir ruang dalam ketenangan
dimensi dunia di ufuk timur

memercik jingga dalam kerahmatan

gemersik bunyi lantun kecilan unggas
merai pusingan roda alam





Monday, July 12, 2010