Saturday, July 24, 2010

new urbanism

new urbanism adalah konsep yang diguna pakai bagi melahirkan pembangunan fizikal yang komprehensif dan mementingkan semua aspek yang terlibat dalam pembangunan.bagi memastikan konsep ini dijayakan secara menyeluruh terdapat 10 prinsip yang dipraktikkan di dalam konsep ini.salah satu antaranya adalah mix-used and diversity.yang dimaksudkan dengan prinsip ini adalah dalam merancang dan membangunkan sesuatu kawasan, pemakaian konsep mencampur kepelbagaian kegunaan tujuan pembangunan adalah amat dipentingkan bagi mencapai sebuah bandar dalam konteks new urbanism.sebagai contoh dalam sesuatu kawasan pembangunan terdapat kepelbagaian jenis guna tanah seperti kawasan komersil, kawasan perumahan dan lain-lain lagi. melalui prinsip ini penduduk juga akan mendapat kemudahan yang sewajarnya di mana dalam suatu contoh situasi mereka yang bekerja dapat meluangkan masa bagi membeli belah dalam perjalanan pulang ke rumah.ini secara tidak langsung dapat memudah kerja seharian mereka dalam menguruskan keluarga secara sempurna dan sistematik.semua ini dapat dilakukan kerana mereka tinggal di sebuah bandar yang mengamalkan prinsip pembangunan bercampur yang melahirkan sebuah bandar berkonsepkan new urbanism.prinsip ini juga tidak hanya mementingkan kepelbagaian jenis guna tanah malah turut mempraktikkan campuran kepelbagaian jenis penduduk tanpa membezakan antara satu sama lain sama ada dari segi pangkat atau harta, budaya, agama, bangsa, umur dan lain-lain lagi.keanekaragaman inilah yang mampu melahirkan sebuah bandar yang unik dan harmoni lalu mencapai sebuah bandar new urbanism.







3 comments:

  1. Memang mencabar hidup dalam masyarakat majmuk-berbilang bangsa. Bidang perancangan di Malaysia, perlu memikirkannya. Anggap juga ia sebagai satu kekuatan-our strengh. Extra factor to be considered in planning for mixed-development?... Pembangunan perlu bercampur dalam konteks dan skala yang betul. Planners kena rajin berfikir sikit. Rational dan logik perlu dulu diambilkira.

    ReplyDelete
  2. Perancang yang hebat adalah perancang yang merancang untuk memberikan keselesaan dan kesenangan kepada kehidupan penduduk di samping menyeimbangkan penggunaan guna tanah mengikut keperluan sahaja. Jadi,prinsip yang dinyatakan di atas amatlah penting untuk dilaksanakan dalam sesebuah pembangunan baru.

    ReplyDelete
  3. klu pembangunan bercampur ini tidak dilakukan maka susah untuk orang ramai mendapatkan keperluan harian mereka, kawasan untuk beriadah juga tiada dan kemudahan dari aspek keagamaan seperti surau dan msjid juga kne dapatkan dengan jarak yang jauh..jika mereka yang tidak mampu berkenderaan sendiri lagi mangalami masalah sebab kena tggu perkhidmatan awam plak..

    *letakkan diri kita sama seperti mereka yang akan dirancang untuk mendapatkan hasil yang terbaik utk mereka..

    ReplyDelete