Monday, August 16, 2010

lawatan ke pinggir bandar johor bahru

Pada 3 ogos 2010 yang lepas, bersama pelajar-pelajar yang mengambil subjek elektif pembangunan luar bandar yang lain telah mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan pinggir bandar di sekitar Johor Bahru antara Kampung Melayu Lima Kedai, Pekan Gelang Patah, kawasan Lessier Farm, kawasan Nusajaya dan kawasan perniagaan di sekitar Bukit Indah. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memahami permasalahan yang berlaku kesan daripada permasalahan rebakan Johor Bahru. Melalui lawatan ini juga permasalahan yang dihadapi oleh penduduk asal kawasan pinggir bandar tersebut dapat difahami dengan lebih mendalam lagi. Selain memikirkan jalan penyelesaian yang paling praktikal untuk digunapakai bagi mengatasi masalah terbabit.
Lokasi pertama yang dituju adalah ke Kampung Melayu Lima Kedai. Kampung tersebut adalah boleh diketegorikan sebagai kampung yang dihimpit oleh pembangunan pesat di sekitarnya. Akibat yang boleh dilihat dengan jelas adalah imej perkampungan bagi kampung terbabit kian hilang akibat daripada permasalahan terbabit. Walaupun pembangunan adalah baik bagi penduduk kampung terbabit namun pembangunan yang tidak dirancang dengan sewajarnya bakal mengudang masalah di kemudian hari.


Lokasi kedua yang dituju adalah Pekan Gelang Patah. Hasil daripada pemerhatian yang dibuat dapat dilihat secara keseluruhannya kawasan pekan kecil terbabit adalah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh pelbagai bangsa secara muhibah. Namun permasalahannya adalah aktivit perniagaan di Pekan Gelang Patah tidak dapat berkembang dan maju. Ini adalah kesan daripada persaingan dengan pasaran perniagaan yang lebih besar dan maju diakibatkan oleh tekanan pembangunan. Ini adalah salah satu kesan yang akan diterima oleh pekan-pekan kecil di pinggir bandar yang dihimpit oleh pembangunan pesat. Pekan tersebut jika tidak dirancang pembangunannya dengan sebaik mungkin akan mengakibatkan pekan tersebut mati dan tidak hidup dengan pelbagai aktivit.

Seterusnya lawatan telah bergerak ke kawasan perumahan mewah di Lesseir Farm. Perumahan mewah ini sebenarnya membawa kesan positif dan negatifnya yang tersendiri. Kesan positifnya adalah perumahan di pinggir bandar dapat mengurangkan kepadatan yang berlebihan di kawasan pusat bandar namun kesan negatifnya pula adalah dari segi jurang yang akan timbul akibat perbezaan yang ketara dari segi pembangunan kawasan perumahan kos tinggi dan perumahan kos rendah yang senonim di kawasan pingir bandar.

Kawasan pentadbiran bagi wilayah Iskandar di Nusajaya adalah sebuah kawasan yang dibangunkan secara terancang di kawasan pinggir bandar. Secara peribadi kawasan tersebut amatlah menarik untuk dilawati dan secara tidak langsung bakal menarik pelawat ke kawasan terbabit. Namun apa yang dibimbangkan adalah kesan jangka panjang yang akan dirasai oleh kawasan pinggir bandar yang sedia ada apabila kawasan pentadbiran Nusajaya ini bakal berkembang dan membesar suatu hari kelak.

Lokasi terakhir yang dilawati adalah kawasan perniagaan di Bukit Indah. Antara superstore besar yang boleh dikunjungi di Bukit Indah adalah Jusco, Giant dan Tesco. Sememangnya kewujudan perniagaan besar sebegini memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai untuk membeli-belah dan membuat pelbagai pilihan belian namun yang menjadi permasalahannya adalah persaingan yang wujud diantara superstore terbabit dengan kedai-kedai kecil di sekitarnya. Adakah dengan kewujudan pasaraya besar sebegitu dapat membantu strategi pemasaran kawasan perniagaan kecil di sekitarnya?




8 comments:

  1. Tahniah kerana mengemukakan ulasan dan persoalan menarik yang perlu difikirkan oleh seorang perancang. Banyakkan berfikir dan mengemukakan idea-idea bernas untuk dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  2. kewujudan hypermarket seperti yang berlaku di kawasan Bukit INdah merupakan salah satu kemudahan yang baik untuk penduduk tempatan yang kebanyakannya dari golongan berpendapatan sederhana. tapi, tidak seharusnya peniaga-peniaga kecil di sekitar menjadi mangsa kepada hypermarket tersebut. dengan kos perniagaan yang tinggi, bagaimana pula mereka akan survive untuk segala perbelanjaan dan kos maintainance yang tinggi di kawasan berkenaan. Justeru, kita sebagai planner perlulah memikirkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi membantu peniaga-peniaga kecil tersebut dalam usaha mereka untuk terus hidup.

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan saudara shukhairi, pada saya pembangunan di pinggir bandar perlu diberi perhatian yang serius. Sebagai contoh Kg Melayu Lima Kedai, Kawan semua dapat lihat bertapa rancaknya aktiviti pembangunan yang dijalankan di sekitar kawasan tersebut. Saya akui aktiviti pembangunan ini perlu tetapi tidak perlu lah sampai melampaui batas sehingga tidak memikirkan kesan kepada penduduk di kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  4. pembangunan adalah perlu bagi sesebuah kawasan tetapi bagi memastikan pembangunan tersebut adalah bermanfaat kepada semua pihiak, perancagan yang tepat adalah perlu disamping kepentingan semua pikah terjamin.kewujudan superstore yang besar dan berdekatan antara satu sama lain sememangnya menggugat kedai-kedai kecil yang lain dan mereka menjadi mangsa oleh kerana pembangunan ini keranan wujudnya persaingan. Tindakan perlu segera diambil supaya pembangunan akan datang akan lebih sistematik dan terancang.

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dengan ulasan kery mengenai kesan pembangunan kawasan nusajaya kelak terhadap kg. pinggir bandar. Langkah awal perlu diambil.

    ReplyDelete
  6. salam keri..salam ramadhan..
    knp gmbr dihitam putihkan..??bru nak melihat keindahan setiap gmbar..hehe..secara keseluruhannya,kawasan2 yang dilawati itu byk memberi kesan positif dan negatif kepada masyarakatnya.jdi,sebelum merancang,jgn hnya mrncg shja tetapi pelu memikirkan akibat serta risiko yg akan dihadapi pd msa akn dtg...

    ReplyDelete
  7. Satu lontaran idea yang bernas daripada kery. Suka dengan idea-idea tersebut dan ianya telah menambahkan lagi kefahaman saya terhadap isu perebakan bandar terhadap kawasan pinggiran bandar.

    ReplyDelete
  8. betul dah klu penekanan hanya diberikan kepada pembukaan pasaraya besar dan akan menyebabkan peniaga kecil tempatan akan mengalami nasib yang bagaimana? sudah tentu tidak dapt bersaing dengan baik dengan mereka sekiranya bantuan daripada pihak yang terlibat.. sebagai perancang apa yang perlu dilakukan pastikan penggunaan guna tanah seimbang dan susun atur bagi kawasan perniaga kecil juga dititikberatkan..

    ReplyDelete