Thursday, August 26, 2010

Pembangunan Suburbanization di Malaysia



Malaysia semakin menuju ke arah pembangunan yang pesat dewasa kini. Pembangunan yang dahulunya tertumpu di kawasan pusat tumpuan namun kini semakin berkembang sehingga ke pinggir bandar. Mungkin pada dasarnya pembangunan tersebut dilihat dapat menjanjikan khabar indah kepada penduduk pinggir bandar tersebut, namun adakah janji tersebut ditepati. Pada kebenarannya pembangunan yang semakin memesat di Malaysia pada masa kini sepatutnya mampu memberikan keuntungan yang sama rata kepada semua pihak sama ada pihak politik, pihak pemaju, mahupun rakyat yang menerima pembangunan tersebut secara rela ataupun dalam keadaan terpaksa. Sebenarnya, pembangunan pesat di pinggir bandar mampu memberikan kesenangan kepada penduduk asal kawasan terbabit namun disebabkan kesilapan dan ketamakan pihak tertentu, penduduk pinggir bandar terbabit dilihat sebelah mata sahaja tanpa sebarang kepentingan kepada pihak mereka. Pelbagai masalah yang timbul akibat pembangunan luar bandar, disebabkan permasalahan perancangan pembangunan yang dilakukan adalah tidak efektif dan komprehensif. Akibatnya permasalahan-permasalahan yang timbul akhirnya ditanggung oleh penduduk luar bandar yang tidak bersalah dan naif dalam hal ini. Persoalan muncul siapakah dan pihak manakah yang sepatutnya dipersalahkan atau dipersoalkan atas permasalahan yang timbul ini? Namun tidak guna juga jikalau saling menyalahkan antara satu pihak dengan satu pihak yang lain. Tindakan lebih baik yang boleh diambil adalah mencari langkah penyelesaian terhadap permasalahan ini. Tindakan ini adalah penting supaya penduduk luar bandar yang menerima kemajuan tersebut tidak lagi ditindas dengan janji-janji palsu yang ditabur oleh pihak pemaju mahupun pihak yang terlibat. Langkah mengatasi juga harus difikirkan secara serius supaya perkara yang sama tidak lagi berlaku kepada kawasan luar bandar yang akan dan bakal menerima pembangunan sebagaimana kawasan luar bandar yang menerima kesan daripada pembangunan tidak terancang secara efektif dan sisitematik.



No comments:

Post a Comment