Sunday, October 10, 2010
Pembancian Taman Perling
Thursday, August 26, 2010
Pembangunan Suburbanization di Malaysia
Monday, August 16, 2010
lawatan ke pinggir bandar johor bahru
Lokasi pertama yang dituju adalah ke Kampung Melayu Lima Kedai. Kampung tersebut adalah boleh diketegorikan sebagai kampung yang dihimpit oleh pembangunan pesat di sekitarnya. Akibat yang boleh dilihat dengan jelas adalah imej perkampungan bagi kampung terbabit kian hilang akibat daripada permasalahan terbabit. Walaupun pembangunan adalah baik bagi penduduk kampung terbabit namun pembangunan yang tidak dirancang dengan sewajarnya bakal mengudang masalah di kemudian hari.
Lokasi kedua yang dituju adalah Pekan Gelang Patah. Hasil daripada pemerhatian yang dibuat dapat dilihat secara keseluruhannya kawasan pekan kecil terbabit adalah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh pelbagai bangsa secara muhibah. Namun permasalahannya adalah aktivit perniagaan di Pekan Gelang Patah tidak dapat berkembang dan maju. Ini adalah kesan daripada persaingan dengan pasaran perniagaan yang lebih besar dan maju diakibatkan oleh tekanan pembangunan. Ini adalah salah satu kesan yang akan diterima oleh pekan-pekan kecil di pinggir bandar yang dihimpit oleh pembangunan pesat. Pekan tersebut jika tidak dirancang pembangunannya dengan sebaik mungkin akan mengakibatkan pekan tersebut mati dan tidak hidup dengan pelbagai aktivit.
Seterusnya lawatan telah bergerak ke kawasan perumahan mewah di Lesseir Farm. Perumahan mewah ini sebenarnya membawa kesan positif dan negatifnya yang tersendiri. Kesan positifnya adalah perumahan di pinggir bandar dapat mengurangkan kepadatan yang berlebihan di kawasan pusat bandar namun kesan negatifnya pula adalah dari segi jurang yang akan timbul akibat perbezaan yang ketara dari segi pembangunan kawasan perumahan kos tinggi dan perumahan kos rendah yang senonim di kawasan pingir bandar.
Kawasan pentadbiran bagi wilayah Iskandar di Nusajaya adalah sebuah kawasan yang dibangunkan secara terancang di kawasan pinggir bandar. Secara peribadi kawasan tersebut amatlah menarik untuk dilawati dan secara tidak langsung bakal menarik pelawat ke kawasan terbabit. Namun apa yang dibimbangkan adalah kesan jangka panjang yang akan dirasai oleh kawasan pinggir bandar yang sedia ada apabila kawasan pentadbiran Nusajaya ini bakal berkembang dan membesar suatu hari kelak.
Lokasi terakhir yang dilawati adalah kawasan perniagaan di Bukit Indah. Antara superstore besar yang boleh dikunjungi di Bukit Indah adalah Jusco, Giant dan Tesco. Sememangnya kewujudan perniagaan besar sebegini memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai untuk membeli-belah dan membuat pelbagai pilihan belian namun yang menjadi permasalahannya adalah persaingan yang wujud diantara superstore terbabit dengan kedai-kedai kecil di sekitarnya. Adakah dengan kewujudan pasaraya besar sebegitu dapat membantu strategi pemasaran kawasan perniagaan kecil di sekitarnya?
Monday, August 2, 2010
rebakan bandar
Masalah perebakan bandar adalah suatu masalah yang boleh ditakrifkan sebagai proses perkembangan dan pembangunan sesebuah bandar sehingga ke pinggiran bandar tersebut. Pada satu ketika proses perebakan ini sebenarnya mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri. Kesan positif yang boleh didapati daripada isu perebakan ini antaranya adalah terdapat lebih banyak peluang untuk penduduk memiliki rumah atau tanah lot yang sendiri, kos tanah akan berkurangan, masalah pencemaran terutamanya bau, udara dan bunyi secara tidak langsung akan berkurang dan tidak tertumpu pada satu kawasan bandar sahaja, masalah berkaitan sosial akan berkurangan disebabkan terdapatnya pelbagai peluang penawaran pekerjaan dan lain-lain keuntungan akibat proses rebakan bandar ini. Manakala dari segi kesan negatif pula masalah rebakan bandar yang tidak terkawal ini akan mengundang kebergantungan penduduknya terhadap kenderaan, masalah ketidakseimbangan pembahagian infrastruktur dan fasiliti secara menyeluruh, peningkatan kos untuk infrastruktur dan fasiliti yang perlu disediakan bagi seluruh kawasan bandar, pelan jalan yang tidak teratur dan mengelirukan disebabkan proses rebakan yang berlaku tanpa perancangan yang strategik, campuran kepelbagaian jenis perumahan dan perindustrian yang bercampur-aduk tanpa perancangan yang sempurna, penggunaan tanah, air dan tenaga yang tinggi per kapita, dan masalah-masalah lain. Di Malaysia antara bandar yang telah mengalami proses rebakan bandar yang semakin meruncing permasalahanya adalah di bandaraya Johor Bahru. Namun yang dapat dilihat daripada masalah yang terjadi di Johor Bahru ini adalah kesan yang menimpa kepada kawasan perkampungan di sekitarnya. Disebabkan masalah ini telah timbul konflik-konflik yang telah menimbulkan pelbagai ketidaksenangan penduduk akan masalah ini.
Tuesday, July 27, 2010
Monday, July 26, 2010
Saturday, July 24, 2010
new urbanism
new urbanism adalah konsep yang diguna pakai bagi melahirkan pembangunan fizikal yang komprehensif dan mementingkan semua aspek yang terlibat dalam pembangunan.bagi memastikan konsep ini dijayakan secara menyeluruh terdapat 10 prinsip yang dipraktikkan di dalam konsep ini.salah satu antaranya adalah mix-used and diversity.yang dimaksudkan dengan prinsip ini adalah dalam merancang dan membangunkan sesuatu kawasan, pemakaian konsep mencampur kepelbagaian kegunaan tujuan pembangunan adalah amat dipentingkan bagi mencapai sebuah bandar dalam konteks new urbanism.sebagai contoh dalam sesuatu kawasan pembangunan terdapat kepelbagaian jenis guna tanah seperti kawasan komersil, kawasan perumahan dan lain-lain lagi. melalui prinsip ini penduduk juga akan mendapat kemudahan yang sewajarnya di mana dalam suatu contoh situasi mereka yang bekerja dapat meluangkan masa bagi membeli belah dalam perjalanan pulang ke rumah.ini secara tidak langsung dapat memudah kerja seharian mereka dalam menguruskan keluarga secara sempurna dan sistematik.semua ini dapat dilakukan kerana mereka tinggal di sebuah bandar yang mengamalkan prinsip pembangunan bercampur yang melahirkan sebuah bandar berkonsepkan new urbanism.prinsip ini juga tidak hanya mementingkan kepelbagaian jenis guna tanah malah turut mempraktikkan campuran kepelbagaian jenis penduduk tanpa membezakan antara satu sama lain sama ada dari segi pangkat atau harta, budaya, agama, bangsa, umur dan lain-lain lagi.keanekaragaman inilah yang mampu melahirkan sebuah bandar yang unik dan harmoni lalu mencapai sebuah bandar new urbanism.
tangga berdarah
pembangunan pinggir bandar
Wednesday, July 21, 2010
heningan jingga
rerimba pohon mendongak kehijauan
kicauan burung menerpa kekosongan
lalu lahir ruang dalam ketenangan
dimensi dunia di ufuk timur
memercik jingga dalam kerahmatan
gemersik bunyi lantun kecilan unggas
merai pusingan roda alam