Monday, August 2, 2010

rebakan bandar





Masalah perebakan bandar adalah suatu masalah yang boleh ditakrifkan sebagai proses perkembangan dan pembangunan sesebuah bandar sehingga ke pinggiran bandar tersebut. Pada satu ketika proses perebakan ini sebenarnya mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri. Kesan positif yang boleh didapati daripada isu perebakan ini antaranya adalah terdapat lebih banyak peluang untuk penduduk memiliki rumah atau tanah lot yang sendiri, kos tanah akan berkurangan, masalah pencemaran terutamanya bau, udara dan bunyi secara tidak langsung akan berkurang dan tidak tertumpu pada satu kawasan bandar sahaja, masalah berkaitan sosial akan berkurangan disebabkan terdapatnya pelbagai peluang penawaran pekerjaan dan lain-lain keuntungan akibat proses rebakan bandar ini. Manakala dari segi kesan negatif pula masalah rebakan bandar yang tidak terkawal ini akan mengundang kebergantungan penduduknya terhadap kenderaan, masalah ketidakseimbangan pembahagian infrastruktur dan fasiliti secara menyeluruh, peningkatan kos untuk infrastruktur dan fasiliti yang perlu disediakan bagi seluruh kawasan bandar, pelan jalan yang tidak teratur dan mengelirukan disebabkan proses rebakan yang berlaku tanpa perancangan yang strategik, campuran kepelbagaian jenis perumahan dan perindustrian yang bercampur-aduk tanpa perancangan yang sempurna, penggunaan tanah, air dan tenaga yang tinggi per kapita, dan masalah-masalah lain. Di Malaysia antara bandar yang telah mengalami proses rebakan bandar yang semakin meruncing permasalahanya adalah di bandaraya Johor Bahru. Namun yang dapat dilihat daripada masalah yang terjadi di Johor Bahru ini adalah kesan yang menimpa kepada kawasan perkampungan di sekitarnya. Disebabkan masalah ini telah timbul konflik-konflik yang telah menimbulkan pelbagai ketidaksenangan penduduk akan masalah ini.


7 comments:

  1. Jika dibuat kajian, ramai penduduk tempatan yang tidak berpuashati tentang kesan rebakan bandar ini. Well done Kery. This tuesday (10/8)11.00 ada kelas dgn dr Ibrahim - rural planning (bilik seminar)untuk semua. Kelas elektif ganti masa rural planning, khamis 9.00(12/8) di makmal.Harap dapat beritahu rakan-rakan. Keep on writing and give comments.

    ReplyDelete
  2. Masalah-masalah yang berlaku boleh dikurangkan, jika perancangan dilakukan dengan teliti dan baik. Ini dapat mengurangkan kesan terhadap penduduk pinggir bandar.

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan saudara shukhairi,pada saya awak banyak menerangkan tentang kesan rebakan bandar.Untuk sedia maklum,perancangan yang menekankan prinsip-prinsip perancangan dapat mengatasi maslah rebakan bandar berlaku.Selain ini mengunakan konsep seperti central place,growth pole,growth centre,secondary cities dan city cluster development.Dengan cara ini dapat mengurangkan masalah ini.

    ReplyDelete
  4. Perancangan yang tepat adalah amat penting dalam mewujudkan satu pembangunan yang seimbang disamping masalah-masalah yang berlaku kesan daripada rebakan bandar dapat diatasi daripada terus merbak dan yang menjadi mangsanya penduduk pinggir bandar yang menerima kesan hasil daripada rebakan bandar ini. Justeru itu, konflik-konflik yang berlaku semestinya mempunyai jalan penyelesaiannya dengan adanya prinsip perancngan yang tepat.

    ReplyDelete
  5. ketidakpuas ati penduduk setempt terutama mereka yang tinggal di pinggir bandar terhadap masalah rebakan bandar yang berpunca daripada kawasan bandar yang terlalu padat dan memerlukan kawasan lain untuk menampung pembangunan bukan sahaja telah memberi kesan dan masalah dari aspek pencemaran tetapi juga memberi kesan kepada kesempitan hidup pada mereka..kemajuaan kawasan yang berhampiran telah menyebabkan kos hidup penduduk pinggir bandar turut sama meningkat dan memberi tekanan hidup pada mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah..oleh itu kualiti hidup mereka akan berada pada tahap yang rendah kerana tidak dapat menikmati kemudahan asas yang baik..

    ReplyDelete
  6. jelaslah di sini bahawa perebakan bandar sememangnya memberi impak positif dan negatif. Jadi, penelitian terhadap masalah tersebut perlulah dikenalpasti dalam membendung agar ianya tidak terus menghapuskan identiti dan imej kawasan pinggir bandar,di samping dapat meningkatkan keselesaan hidup penduduk pada masa kini.

    ReplyDelete
  7. keri,.rebakkan bandar kat pinggir bandar Johor Bahru banyak bagi kesan setempat. selain dari imej kampung yang semakin terhakis, tapi ia juga salah satu cabang bagi kawasan tersebut menuju ke arah pembangunan baru.

    ReplyDelete